Skip to main content

popia pre ramadhan

Assalamualaikum...

Ramadhan a.k.a bulan puasa da nak datang lagi. Excited tu tak payah nak cakap la kan..yelah mana nak tahu kot-kot ni ramadhan kita yang terakhir..usia pun semakin meningkat so, amalan pun kena la meningkat  jugak (nasihat tuk diri sendiri jugak).

aduiii dush2x benci betul la bila tetiba jadi ustazah ni hehehe....post kali ni bukan nak jadi ustazah tau tapi jadi chef hahaha...tak bleh blah kan pegang kepala sambil hantuk kat dinding bilik...melampau uollls...mimpi nak jadi masterchef macam Dr Fadzli la tu...

Resepi popia pre ramadhan

Bahan-bahan

Inti

1. 1 biji telur
2. kacang panjang (dihiris halus)
3. tauge
4. carrot (dihiris halus)
5. 3 biji bawang merah (mayang)
6. 1 ulas bawang putih(mayang)
7. garam
8. minyak (untuk menggoreng)


kulit

1.  kulit popia (cari la brand ape pun xpe..same je)

*bahan-bahan dibeli di #aeonbig Kota Damansara bersama http://miszdielola.blogspot.com/ hahaha...(tolong promote blog miss lynda)


cara-cara

1. Panaskan minyak. kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. tumis hingga kekuningan.
2. masukkan telur. hancurkan dan goreng hingga masak.
3. Masukkan kacang panjang dan carrot, kemudian akhir sekali masukkan tauge dan garam secukup rasa.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Setelah masak boleh la digulung bersama dengan kulit popia.


nak jugak tempek gambar popia ku..hehe


                                               before..




                                               after...

sekian sahaja resepi simple saye..

*dalam kepala asyik duk pikir pasal makanan je..haih!


Comments

Popular posts from this blog

Puding Karamel Paling Senang dan sedap

Resepi ni saya ambik daripada blog Nani Rustam aka mak Keknis. Bahan2 Telur gred A 7 biji Susu pekat 1 tin Air 1 tin Esen vanila 1 sk Gula 2sb - untuk dibuat gula hangus Cara cara 1. Sediakan loyang kemudian masukkan 2sb gula dan masak di atas api yang kecil sehingga larut dan kekuningan. Sentiasa Kacau supaya tidak terlalu hangus. Bila dah nampak kekuningan tutup air dan raatakan. biarkan sejuk 2. Pecahkan 7 biji telur, masukkan susu pekat, esen vanila dan air. Kacau sebati (tidak perlu kacau sampai berbuih) hanya kacau untuk sebatikan je. Bila dah sebati tuang kedalam loyang gula tadi 9tapis untuk dapatkan tekstur yang licin ). Kukus selama lebih kurang 25 min. 3. Bila dah masak sejukkan dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Puding ni sesuai di makan sejuk2...sedapnyaaa...nyamann..:D Selamat mencuba dan adios!

jerebu oh jerebu

Assalamualaikum.. ehem..ehem...betulkan suara sebab sakit tekak uollls haha Bangun pagi je terus cari tingkap nak tengok camne keadaan harini. ohemji! teruknye jerebu harini. semalam takde la seteruk harini. Aku pun dah rasa sakit tekak walaupun kat dalam rumah. Ishhh! camne nak keluar ni. rasa cam tak selamat pulak..                       gambar ni aku ambik dalam pukul 10 am. Masih lagi berjerebu di kota damansara Indeks Pencemaran Udara (IPU) kat sini pula tak pasti berapa tapi kalau kat Muar dah mencecah IPU 746. Tak dapat nak dibayangkan macamana la keadaan kat sana kan. Kita kat sini hanya boleh berdoa yang semuanya akan kembali normal dalam masa yang terdekat. amiiinnn.   *Adakah ini salah satu daripada tanda-tanda kiamat* #muhasabahdiri p/s  esok 24 June 2013 nisfu syaaban so, malam ni adalah malam nisfu syaaban..Jom tingkatkan amalan kita. *>_<* sekian.  

chaiyokk...

Assalamualaikum.. Rasa kejap je tapi dah nak habis bulan 1. Bila nak habis tu benda y ada dalam otak ni adalah bila nak gaji. Ngee....:D well its normal kot..hihi. Nak- nak pulak aku ni jelas balik kampung atau berjimba sakan bila hujung minggu. Nak kata gaji banyak memang tak la kan tapi aku boleh lagi bersabar dengan apa y ada. Kata orang sabar tu lah y akan membuatkan kita lagi rasa bersyukur dengan ape y kita ada dan tidak membanding-bandingkan dengan orang yang lebih dari kita tetapi sebaliknya. Ehem, So, ape da jadi dengan azam 2014 ni. Sabar, aku tengah berusaha ni. Actually kawan aku da pernah teka da ape azam aku tahun ni. Dia teka da betul cuma azam aku cuma 3 tapi dia bagi 4. ter Advance gitu. Tapi takpelah good try from her .hihi. Misi tuk memburu tu memang da start dari bulan ni tapi bulan 4 baru boleh lancar. hihi. Doakan supaya aku berjaya. InsyaAllah. "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa y...