Assalamualaikum dan Hi! Resepi cekodok pisang ni paling senang tapi kalau tak kena dengan bahan dia akan jadi lembik, keras, melekat dan macam-macam lagi. Jadi setelah beberapa kali mencuba untuk buat cekodok ni kali ni aku rasa resepi ni paling sedap dan rasa dia pun insyaAllah sedap. :D Bahan-bahan: 7-8 biji Pisang- (contoh- pisang emas, lemak manis, berangan) 1 cawan tepung gandum (kalau nak dia tembam lebikan gandum) 1 biji telur 1sudu kecil garam 1/2 sudu gula 1 sudu kecil soda bikarbonat minyak untuk menggoreng Cara-cara Lenyekkan pisang (kalau nak senang guna cawan plastik untuk lenyek-guna tempat y kita nak minum tu). Bila dah hancur masukkan semua bahan lain. Kacau hingga sebati. Tinggalkan selama 1 jam. Selepas itu bolehlah digoreng dengan minyak yang panas ye.
u can't have a rainbow without a little rain...