Assalamualaikum dan Hi!
Resepi cekodok pisang ni paling senang tapi kalau tak kena dengan bahan dia akan jadi lembik, keras, melekat dan macam-macam lagi.
Jadi setelah beberapa kali mencuba untuk buat cekodok ni kali ni aku rasa resepi ni paling sedap dan rasa dia pun insyaAllah sedap. :D
Bahan-bahan:
7-8 biji Pisang- (contoh- pisang emas, lemak manis, berangan)
1 cawan tepung gandum (kalau nak dia tembam lebikan gandum)
1 biji telur
1sudu kecil garam
1/2 sudu gula
1 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Lenyekkan pisang (kalau nak senang guna cawan plastik untuk lenyek-guna tempat y kita nak minum tu). Bila dah hancur masukkan semua bahan lain. Kacau hingga sebati. Tinggalkan selama 1 jam. Selepas itu bolehlah digoreng dengan minyak yang panas ye.
Comments
Post a Comment