Assalamualaikum..
Masuk tahun ni paling banyak terfikir nak buat 'side income' tapi nak buat apa eh?
banyak sebenarnya idea untuk buat 'side income' ni tapi tak tahu boleh guna ke tak. keke..
ok, ni antaranya yang sempat aku fikir setakat ini:
1. Jual topup untuk ahli keluarga, kawan, ofismate or sape-sape yang boleh bayar cash kat korang.INGAT bayar cash tau. setakat RM10-RM30 takkan nak hutang kot. bisnes ni modal besar so, untung kecik haruslah kena tegas skit. Bila nak beli tu terus kena bayar. kekeke...:)
2.Bisnes sim kad tone excel. Bisnes ni semakin kencing sekarang. Mesti kalau bukak facebook, whats up group or instagram ramai duk promote bisnes ni. Walhal kat tempat kerja pun ada jugak. Bisnes ni memang kena rajin la sebab kena cari downline baru boleh dapat komisyen banyak. kalau malas cari or jenis tak suka bercakap dengan orang memang susah la.
3. Jual online. Haaa yang ni memang ramai yang buat tak kira suri rumah, student, kerja gov, swasta, mak cik Bedah, pak Ali, eh? hahaha...boleh dikatakan semua la dah penah join. Jual online ni senang je samaada kita keluarkan modal or hanya 'dropship' yang tak payah keluarkan modal. Kita google je pasal 'dropship' memang ramai yang sudi nak ajar. Tapi kita kena rajin promote jelah kalau nak jual online ni. Tak payah guna duit pun cukup dengan ada line internet sepenuh masa supaya senang kalau ada customer yang tanya.
4. Guru tuisyen- Idea ni memang best. Just ambik masa beberapa jam dalam seminggu je. Pilih subjek yang kita suka dan confident boleh ajar budak tu anad then tiap-tiap bulan boleh enjoy dengan duit tu. Sekurang- kurangnya ilmu yang ada tu takde la berkarat kan...hihihi..Mungkin dapat pahala lagi kalau memang ikhlas nak ajar budak tu.
5. Menjahit. Sape-sape yang ada kelebihan untuk menjahit tu memang anugerah la bagi aku. Tapi kena keluar modal la sikit nak beli mesin jahit tapi dengan insyaAllah untung yang korang dapat memang berbaloi kot. Malah lebih lagi rasanya.
6.Craft felt- Bisnes ni pun oke sangat-sangat. Walhal adik aku yang tingkatan 2 tahun ni memang selalu jual craft felt ni. Alah buat simple- simple je. Kotak tisu, bantal, tanda nama dah dapat untung sikit- sikit. Kalau rajin memang berbaloi la penat- penat menjahit sampai lewat malam. Hihi..
Tetiba bila dah banyak tulis ni aku terperasan satu benda yang penting bila nak buat 'side income' ni iaitu RAJIN.Memang kat situ dia punya 'keypoint' kan. takyah bagi idea banyak-banyak pun kalau jenis malas.So, tak kisah la apa-apa pun yang kita nak buat yang penting kena rajin dan berterusan barulah nampak hasilnya. Memang kalau keje separuh jalan tak kan nampak hasilnya. Biasalah yang manis tu biasanya kat hujung- hujung. eh! ape aku merepek ni? kahkakkah...
*Citer zahira dah tamat so no more eyemo (adi putra) kihkih...motif??? :P
Adioss..:P
Comments
Post a Comment